Dengar Al-Quran Online ![]()
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ma’un ayat 1-3 :
“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3)”
![]() | Hari Ini | 9 |
![]() | Minggu Ini | 111 |
![]() | Bulan Ini | 806 |
![]() | Jumlah | 27446 |
Tarikh : 23 Feb 2012
Wakaf Tanah
Wakaf Tanah

Umat Islam di Kemboja rata-ratanya merupakan golongan yang miskin dan perlu dibantu.
Bantuan yang berbentuk waqaf ekonomi diharap dapat membantu umat Islam di sana bagi melepaskan diri mereka dari belenggu kemiskinan untuk jangka masa yang panjang.
Melalui waqaf ekonomi, umat Islam di Kemboja dapat menjalankan aktiviti mereka tanpa mengharapkan sumbangan secara langsung dari pihak-pihak lain.
Buat masa ini, pihak syarikat sedang membuat perancangan untuk memperbanyakkan waqaf kepada umat Islam Kemboja yang berbentuk padang ragut bagi ternakan lembu dan tanah pertanian. Waqaf tersebut akan dikembangkan lagi dalam bentuk-bentuk lain yang dapat membantu umat Islam Kemboja menaikkan taraf ekonomi mereka.
Waqaf ini merupakan sumbangan sebahagian hasil kutipan program qurban & aqiqah. Syarikat juga bercadang untuk membuka peluang waqaf kepada mereka yang berminat bagi mempercepatkan sasaran yang ingin dicapai oleh syarikat.

Segala Sumbangan Anda Amat Berharga




