Dengar Al-Quran Online ![]()
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ma’un ayat 1-3 :
“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3)”
![]() | Hari Ini | 4 |
![]() | Minggu Ini | 46 |
![]() | Bulan Ini | 223 |
![]() | Jumlah | 1049 |
Tarikh : 11 Mar 2010
Qurban & Aqiqah
Qurban dan Aqiqah
| Article Index |
|---|
| Qurban dan Aqiqah |
| Aqiqah |
| All Pages |
Qurban
Maksud Qurban
Qurban ialah binatang ternakan seperti lembu dan kambing, yang disembelih pada hari raya Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Hukum Qurban
Ia adalah suatu ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang memiliki kemampuan untuk melakukan ibadah Qurban tetapi dia tidak melakukannya, maka janganlah dia menghadiri masjid kami (untuk solat bersama kami)” – (Direkodkan oleh al-Hakim dalam bab Tafsir Surah al-Haj & sebahagian ulama menyatakan ia hanyalah kata-kata Abu Hurairah r.a.)
Namun begitu, jika seseorang itu bernazar, ia menjadi wajib.
Kelebihan Ibadah Qurban
Banyak kelebihan ibadah Qurban yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w., di antaranya:
- Amalan yang paling disukai oleh Allah pada hari raya Aidiladha (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
- Darah binatang korban jatuh di satu tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. sebelum ia jatuh ke tanah dan menyebabkan jiwa orang yang melakukan qurban menjadi bersih (suci) (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
- Diampunkan semua dosa orang yang melakukan qurban pada titisan darah yang pertama keluar dari binatang sembelihan (Direkodkan oleh al-Hakim dalam Kitab al-Adhahi)
Imam Syafie berkata “Ibadah qurban adalah sunat tetapi kami tidak suka untuk meninggalkannya walaupun ianya tidak diwajibkan” (Mukhtasar Muzani 1/284)
Hikmat Qurban
- Memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup mematuhi perintah Allah s.w.t supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kambing.
- Menanamkan rasa syukur terhadap nikmat Allah s.w.t. yang melimpah ruah melalui perkongsian dengan golongan yang memerlukan.
- Menguatkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan di antara umat Islam melalui aktiviti yang mencerminkan keperihatinan.
Syarat Binatang Qurban
Binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang ternakan sahaja iaitu unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.
Waktu Ibadah Qurban
Bermula dari terbit matahari pada hari raya Aidiladha iaitu selepas solat dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada hari ketiga tasyrik iaitu hari ketiga selepas hari raya Aidiladha.
Hukum Berkongsi Binatang Qurban
Seekor kambing hanya boleh memadai untuk seorang sahaja. Manakala seekor lembu boleh dikongsi seramai tujuh orang.
Pengagihan Daging Binatang Qurban
Daging binatang yang disembelih boleh terus diagihkan dan tidak perlu dimasak terlebih dahulu.
Kelebihan Qurban di Kemboja
Anda dapat menambah lebih makna kepada ibadah qurban yang dilakukan kerana ia diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan di samping harganya yang murah.
RM230 sahaja untuk satu bahagian lembu dan RM450 untuk seekor kambing.
> Borang Penyertaan Qurban & Aqiqah

Segala Sumbangan Anda Amat Berharga



